• img022.jpg
  • img022
1

Tuan Guru Haji Ibrahim: 'Ilmuwan Jawi Negeri Perak

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Tuan Guru Haji Ibrahim: 'Ilmuwan Jawi Negeri Perak

Author: Syed Shahriman Syed Ali

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789671698433

Pages: 85pp

Year: 2019

Weight: 0.200 kg

Price: RM25

Tuan Guru Haji Ibrahim ialah seorang tokoh pengarang dari negeri Perak yang telah menyumbang kepada memperkayakan budaya keilmuan menerusi medium penulisan. Meskipun karya-karya beliau tidak pernah diterbitkan dalam bentuk buku dan sebahagiannya tidak lengkap ditulis, manuskrip-manuskrip peninggalannya dalam tulisan Jawi menjadi ruang kepada para pengkaji era ini untuk meneliti dan mengkajinya seterusnya mengangkat karya-karya beliau ke ruang perbahasan ilmiyyah.

Melihat kepada sumbangan Tuan Guru Haji Ibrahim dalam dunia penulisan ini, sewajarnya nama beliau diangkat dan diperkenalkan sebagai seorang tokoh agama yang aktif mengarang dari negeri Perak.

Adapun antara manuskrip Jawi beliau adalah Hidayah al-Muhtaj fi Isra wa al-Mi'raj; Mawlid al-Nabi; Tasawwuf: Soal Jawab; Panduan al-Fiqh; Ta'rifat dan salinan Bakurah al-Amani (yang dikhatamkan di hadapan pengarangnya, Shaykh Isma'il bin 'Abd al-Qadir atau Pak Da 'Eil) dan salinan Tafsir al-Jalalayn bi-Lafz al-Jawi.