Vaksin Dan Vaksinasi Kanak-Kanak Perspektif Hukum Islam
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Vaksin Dan Vaksinasi Kanak-Kanak Perspektif Hukum Islam
Author: Tengku Fatimah Azzahra Tengku Md Fauzi, Mohd Anuar Ramli & Nor Fahimah Mohd Razif
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881856
Weight:
Pages:
Year: 2021
Price: RM45
Isu vaksin dan vaksinasi sering kali menimbulkan polemik dalam masyarakat sama ada oleh kumpulan yang menyokong,atau yang menolaknya. Biasanya “topi agama” dijadikan sandaran yang kuat dalam menolak pengambilan vaksin danusaha vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak. Golongan ini berhujah bahawa vaksin dihasilkan daripada sumber yang najisdan haram, mengutamakan perubatan alternatif, holistik dan mengambil “makanan sunnah”, menolak perubahan ciptaanAllah, di samping aktif menguar-uarkan teori konspirasi yang melibatkan trilogi syarikat farmaseutikal-Yahudi–dajal.
Seiring dengan perkembangan teknologi digital, kumpulan antivaksin turut giat mempromosikan dakyah mereka dalamjaringan media sosial. Hasilnya, pandangan mereka berjaya mempengaruhi kelompok yang masih ragu-ragu terhadap vaksindan dampaknya telah mengakibatkan peningkatan penyakit cegahan vaksin dalam kalangan kanak-kanak.
Sehubungan dengan itu, buku ini adalah sebagai satu usaha untuk membalas hujah kumpulan antivaksin agar usaha vaksinasioleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak-kanakdapat diminimumkan, serta ekosistem kesihatan awam negara dapat diperkasakan.