• img081.jpg
  • img081
  • img081.jpg
  • img081
1

Visualisasi Peribahasa: Akal Budi Pemikiran Melayu

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Visualisasi Peribahasa: Akal Budi Pemikiran Melayu

Author: Norleyza Jailani, Rodziah Latih & Zurina Muda
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861893
Weight: gsm
Pages: 169pp
Year: 2024
Price: RM35

Buku Visualisasi Peribahasa ini adalah suntingan penulisan hasil penyelidikan berkaitan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya masyarakat Melayu. Khususnya penyelidikan yang terbabit bertajuk "Visualisasi Peribahasa Berunsur Ilmu Sains dalam Akal Budi Melayu Melalui Permainan Interaktif dan Animasi" di bawah Program Penyelidikan Cabaran Perdana (Pengukuhan jati diri generasi muda melalui teknologi dan kandungan kreatif digital) yang dibiayai oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui geran DCP-2017-007/3. 

Projek ini bertitik-tolak daripada pemerhatian tentang kurangnya motivasi generasi muda untuk mempelajari dan memahami peribahasa sebagai warisan turun-temurun yang melengkapkan keutuhan jati diri dan akal budi. Dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat, timbul kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, guru dan ahli akademik serta pemimpin negara tentang pengaruh perkembangan pesat Sains dan Teknologi terhadap lunturnya jati diri anak tempatan. Projek ini mengambil kesempatan atas minat generasi muda terhadap peranti dan teknologi digital untuk menghasilkan pelbagai aplikasi dan permainan yang mengguna kaedah visualisasi untuk menonjol dan menerangkan penggunaan peribahasa. 

Buku ini mengandungi lapan bab. Perbincangan setiap bab adalah berteraskan jenis aplikasi permainan 2 dimensi dan 3 dimensi, aplikasi berasas pengesan atau sensor kinestetik, aplikasi repositori pintar dan aplikasi permainan augmentasi realiti.